VIDEO: Reaksi Buruh Kanak-Kanak Kali Pertama Makan McD

PELAKON India, Varun Pruthi menghasilkan satu video realiti yang merakam reaksi buruh kanak-kanak apabila dibawa menikmati hidangan di restoran makanan segera McDonalds buat kali pertama.

Walaupun tak dapat sembunyi keseronokan, ternyata kemiskinan telah mengajar kanak-kanak itu erti tanggungjawab apabila memberitahu, dia mahu membawa pulang sedikit makanan tersebut untuk adiknya di rumah.

Dia menyatakan terpaksa bekerja menjaja barangan di kali lima kerana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya sudah tiada.

Ditanya mengapa tidak ke sekolah walaupun mampu menyebut beberapa perkataan Inggeris dengan baik, kanak-kanak itu menjawab, “Jika saya ke sekolah macam mana saya nak cari duit untuk makan?”

Ini bermakna, kanak-kanak sepertinya bukanlah mahu bekerja susah-susah begitu tetapi desakan hidup membuatkan mereka terpaksa mengerah keringat yang tak seberapa demi keluarga.

Justeru di akhir video Varun menitipkan pesanan:

“Sebelum menghakimi buruh kanak-kanak ini sedangkan anda duduk di atas kerusi selesa, bolehkah anda jawab soalannya ‘jika saya ke sekolah, macam mana saya nak cari duit untuk makan?””

Dianggarkan terdapat kira-kira 60 juta buruh kanak-kanak di India.

Kami mohon anda sebarkan video ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut

Sumber mynewshub.cc

Lihat Video di Bawah ini







Post a Comment

 
Top