MAKIN laku nampaknya pelawak-pelawak tempatan, jika tadi ada dikongsikan kisah Shaiful Zero, kali ini ada cerita kurang enak yang dikaitkan dengan Jep, ahli kumpulan Sepahtu.
Menerusi artikel di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Jep dikatakan berang apabila kumpulan yang dianggotainya bersama Shuib itu hanya meraih tempat kedua di belakang kumpulanunderdog, Zero.
Artikel itu menulis, Jep mengamuk dan meluahkan rasa tidak puas hati di belakang pentas selepas Zero diumumkan sebagai juara pada malam tersebut.
Jep juga dikatakan ada mengeluarkan kata-kata makian dan memberi amaran untuk mendapatkan dalang yang menyebabkan Sepahtu tewas sekaligus tidak dapat membawa pulang gelaran juara bertahan untuk program lawak nombor satu negara itu.
Kalau dilihatkan daripada sisi peribadi Jep yang agak low profile dan selalu tenang, tak mungkinlah cerita sebegini benar-benar berlaku, ke ini hanya satu khabar angin jahat yang ingin ‘mengacau’ kerjaya Jep di saat namanya kini kian berada di puncak?
Kita tunggu sahaja jawapan balas dan respons Jep berhubung isu ini nanti .


Post a Comment

 
Top