Kafir tak berani angkat muka jika melayu bersatu.

Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?

Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?

Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.

Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.

Tetapi, siapakah yang menjadi dalang menolak perpaduan dan juga kerjasama diantara Umno dan PAS? Malangnya, dalang tersebut merupakan dari kalangan bangsa melayu sendiri yang tak mahu melihat ukhwah Islam dikalangan Bani Melayu.

Seperti kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), setelah Fadzil Noor dan Nik Aziz meninggal dunia, ia membuka ruang untuk menyatukan melayu/Islam didalam negara. Kenapa Nik Aziz dan Fadzil Noor? Kenapa bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang? Ia kerana kedua-dua arwah itulah yang paling lantang menentang penyatuan Umno dan PAS.

Anwar bukanlah pemimpin PAS.., dan Lim Kit Siang pula hanya seorang kafir yang mengepalai parti chauvinist DAP. Mereka ini sudah lama menggunakan beberapa pemimpin tua didalam PAS untuk tujuan menghancurkan Umno demi kuasa serta kepentingan peribadi. Kini Anwar berada didalam penjara.., Kit Siang berada di hujung usia.., dan dalang didalam PAS sudah kembali menemui Penciptanya.

Maka tiada alasan lagi untuk umat melayu didalam negara menolak untuk bersatu didalam satu barisan untuk memimpin negara ini bersama-sama. Hadi Awang sendiri diketahui merupakan penyokong usaha kerajaan perpaduan, dan Najib adalah seorang pemimpin yang mahu bangsa melayu kuat. Ini masanya yang paling tepat untuk Umno dan PAS bergabung! - Utaranews.com





Post a Comment

 
Top