gambar hiasan



Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini mengaku banyak kali membuat hubungan seks dengan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.
Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya.
Lucas memberitahu seorang wartawan stesen televisyen Adom TV bahawa dia sukar untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya itu menakutkan mereka.
“Saya mahu berkahwin, tetapi ramai gadis enggan berkahwin dengan saya kerana saya bekerja di rumah mayat.
“Saya boleh memuaskan nafsu saya di rumah mayat ini kerana tiada wanita di luar sana yang mahu keluar dengan saya,” katanya.
Lucas juga mendakwa dia diminta tidur dengan mayat wanita oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja. Saya diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya anda bekerja di rumah mayat.
“Latihan ini perlu dilakukan kerana selepas anda tidur dengan mayat anda tidak takut dengan mayat lagi,” ujarnya.
Sejak wawancara berkenaan, Lucas dipecat majikannya dan dia kini diburu pihak polis.
Lucas juga menafikan dia mempunyai masalah mental selepas wartawan stesen televisyen berkenaan bertanyakan sekiranya dia menghadapi masalah kesihatan.
“Saya ok, saya ok,” tegasnya. – Agensi



Post a Comment

 
Top