Raja Ema Berambut Blonde Untuk Tampil Awet Muda




Baru baru ini, Raja Ema tampil dengan imej baru iaitu berambut blonde bersempena dengan pelancaran koleksi pakaian tidurnya. Perubahan ini menyebabkan ramai yang mengkritik hebat terutama di laman sosial. 






Zaman sekarang ini, ramai artis yang berhijrah berhijab tetapi lain pula bagi Raja Ema.  Namun menurut Raja Ema, imejnya ini adalah untuk tampil awet muda sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Kata Raja Ema:-

Memang ramai yang kritik saya apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya juga bukan manusia sempurna.Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya. Dan mereka, boleh jadikan saya inspirasi dengan menggunakan cara mereka sendiri.
Apapun, rambut blonde ini dilihat kurang sesuai dengan usia dan status sebagai ibu. Apa komen anda?







Post a Comment

 
Top