Jika
tetuan berniat nak jadi kaya dengan berbisnes, lalu memutuskan untuk
berhenti kerja, maka ketahuilah, makan gaji pun boleh jadi kaya harta
juga.
Maka, apa yang
membezakan orang yang makan gaji tetapi kaya harta dengan kita yang
makan gaji tetapi cukup-cukup makan sahaja? (Ya, saya belum kaya harta
lagi, dan saya masih makan gaji.)
Kriteria 1: Menyimpan dengan konsisten
Kita boleh lihat, orang yang kaya harta, tidak kira melalui jalan berniaga dan juga jalan makan gaji, konsisten dalam menyimpan.
Cara mereka
konsisten menyimpan juga mudah: Dapat sahaja duit untuk kegunaan isi
rumah, terus disimpan 10% atau lebih daripada jumlah tersebut mengikut
keselesaan mereka.
Ada yang
menerima gaji melalui bank, sudah ada sistem yang akan transfer wang
gaji dalam dalam bank terus ke akaun Tabung Haji secara automatik. Maka,
selebihnya boleh dihabiskan untuk belanja isi rumah. Mereka tidak risau
lagi tidak menyimpan.
Kriteria 2: Konsisten Berhubung dengan Pemiutang
Ini pun sama juga. Mereka tidak takut dengan bank. Mereka tahu hak-hak mereka sebagai peminjam.
Contohnya, ada
ketika mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan kereta. Apa yang
mereka lakukan? BUKAN sorok kereta. BUKAN buat tidak tahu. Tetapi mereka
telefon bank dan mohon tangguh. Kemudian mengikut segala prosedur.
Mereka ada
mindset yang “Semua perkara boleh dibawa berbincang”. Lebih-lebih lagi
dengan pihak yang berurusan secara rasmi dengan mereka seperti Bank,
Tuan Rumah, Bos ditempat kerja dan lain-lain.
Kriteria 3: Menjaga Hubungan Baik
Kita boleh
lihat, fokus utama mereka yang kaya harta jarang sekali berkisar tentang
harta, tetapi hubungan baik dengan semua pihak yang sepatutnya, semua
orang yang tidak berniat jahat kepada mereka.
Antara pihak
yang penting untuk dijaga hubungan baik adalah Allah (ya, itu paling
penting ya… jaga solat <– pesan untuk diri sendiri juga), Ibu bapa,
Suami/Isteri/Anak, Adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai.
Kemudian turun kepada sahabat niaga, supplier, vendor dan sebagainya.
Namun jika terbukti ada yang berniat jahat mereka akan:
Kriteria 4: Tegas dalam Hubungan
Ya, mereka akan
bertegas dan ‘point out’ yang pihak tersebut berniat jahat. Mereka
tidak cakap2 belakang dan juga tidak menuduh secara terbuka.
Mereka tegas
kerana hasrat utama mereka adalah untuk menjaga hubungan baik dengan
semua orang. Bertegas dengan mereka yang cuba menganiaya kita adalah
salah satu jalan mengukuhkan hubungan baik. Ini kerana mungkin sahaja
pihak satu lagi tidak sedar mereka sedang menganiayai kita. Lalu mereka
akan membetulkan kesalahan.
Kriteria 5: Menunaikan Janji
Ini adalah
jalan paling mudah membina kredibiliti dan integriti. Mereka yang kaya
harta adalah mereka yang berintegriti, tidak kira makan gaji atau
berniaga.
Pekerja yang
berintegriti lebih mudah naik pangkat dan naik gaji. Peniaga yang
berintegriti lebih disayangi pembeli dan pembekal.
Suami/isteri yang berintegriti lebih dipercayai dan lebih bebas berurusan.
Apabila sudah berjanji, berusahalah untuk deliver.
Maka kita perlu
berhati-hati apabile berjanji. Kecil atau besar, ia tetap perlu
ditunaikan. Dan ya, janji kepada anak isteri kita sama pentingnya dengan
janji kepada pembeli dan pembekal kita, jika tidak lebih penting!
Kriteria 6: Belajar dan Buat
Mereka yang
makan gaji tetapi kaya harta lebih banyak diberi peluang oleh ketua
mereka. Mengapa? Kerana mereka sentiasa laparkan ilmu dan daahagakan
kemahiran baru. Mereka belajar benda baru dan sedia mengaplikasi skill
tersebut. Ketua yang bagus amat suka ahli tim seperti ini kerana
memudahkan kerja mereka.
Perkara ini
juga penting apabila kita mula berniaga. Setiap perkara dalam berniaga
pastinya benda baru kepada kita yang makan gaji. Maka kita perlu ada
aptitud yang tinggi untuk terus belajar dan buat perkara yang kita
belajar.
Mana lagi penting, belajar atau buat?
Dua-dua penting! Lepas belajar terus buat! Jangan belajar-belajar dan terus belajar tetapi tidak buat. Nanti tidak kemana.
Paling kurang
pun buat terus. Kerana jika tersalah, kita boleh betulkan. Pastikan ada
cara untuk kita tahu kita tersalah buat. Mungkin sasaran khusus ataupun
mentor yang boleh memberitahu kita kesalahan kita.
Itulah 6
kriteria yang ada pada mereka yang makan gaji tetapi kaya harta.
Semuanya berkisar tentang sikap dan interaksi kita dengan semua pihak.
Semuanya bawah kawalan kita.
Maka tiada sebab untuk kita yang makan gaji, tidak kaya harta.
Kaya masa dan kaya jiwa itu lain pula ceritanya.
Post a Comment