Jika
sebelum ini kami kongsikan destinasi-destinasi yang menarik untuk anda
lepaskan penat lelah dan kesibukan kehidupan bandar maka kali ini kami
ingin kongsikan pula destinasi-destinasi untuk anda makan sepuas hati.
Memang meleleh air liur menarik kau memang da bom!
1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor
Rata-rata yang
datang ke sini memberikan respon dan feedback baik terhadap restoran
ini. Menariknya restoran ini mengadap laut, jadi kalau nak tengok
matahari terbenam sini memang cantik. Tempat besar dan mempunyai
pelbagai pilihan makanan laut ada di sini, harga juga murah dan paling
penting sedap dan berbaloi. Mesti cuba, ketam masak cili, udang tumis
petai dan macam-macam lagi.
Admin pernah
belajar di salah sebuah sekolah di sini. Bila tiba hujung minggu sahaja,
kami sekeluarga akan meluangkan masa di sini. Oh syahdu…
Aroma Ikan Bakar, Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor
2. Restoran Lala Seafood, Kg Baru
Restoran Lala
Seafood yang terletak di Kg Baru ini merupakan restoran Thailand jadi di
sinilah tempat anda ingin menikmati makanan Thai. Menariknya Lala
Seafood ketengahkan konsep rumah kampung, mempunyai 2 bahagian sama ada
ada mahu makan di tempat airconditioner atau kipas sahaja. Yang sedap di
sini semestinya tomyamseafood yang mempunyai portion agak besar dan isi
yang banyak, langsung tidak kedekut. Pencuci mulut seperti pulut mangga
juga sedap dan manis.
Restoran Lala Seafood, 154, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
3. Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
Restoran ini
merupakan sebuah restoran eksklusif terapung di atas tasik dengan susun
atur meja serta peralatan persis hotel selain menawarkan satu suasana
baru yang menarik tetapi dengan harga murah. Antara menu utama di
Restoran Makanan Laut D’Tasik ialah himpunan makanan laut yang segar
termasuk hidangan ala carte seperti tom yam seafood, udang mentega,
sotong celup tepung selain daging dan ayam masak merah.
Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
Bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
Hubungi: 03-8922 2088 sambungan 8031 atau e-melkan untuk tempahan kebusinessc@residenceatuniten.com.
4. Suraya Seafood, Kg Baru
Selain Lala
Seafood, satu lagi tempat makan makanan laut yang best di Kg Baru ialah
Suraya Seafood. Sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang berkunjung
makan di situ. Pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan banyak
boleh didapati di sini, harga mengikut saiz yang anda pilih. Tempat agak
terhad jadi kena datang awal.Mesti cuba nasi bubur berlauk, pulut
mangga, nasi dagang, kerang bakar dan pelbagai lagi.
Suraya Seafood
Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
5. Nuri Seafood, Kg Baru
Siapa pernah ke
Nuri Seafood yang juga terletak di Kg Baru, restoran yang simple tetapi
makanan memang sedap. Makanan di sini original dari Thai, malah kesemua
pekerja sampailah chef orang Thai. Mesti cuba ikan kembung masak
kerabu, tomyam seafood juga sangat pekat, udang celup tepung, sayur
kailan ikan masin yang segar dan pelbagai lagi.
Restoran Nuri Seafood
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
6. Restoran Puteri Ayu, Shah Alam
Menariknya
restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan jadi
sudah semestinya makanannya sedap dan enak sekali. Mempunyai pelbagai
pilihan. Tomyam seafood di sini sedap dan pekat, sotong bakar berempah,
siakap bakar dan juga pencuci mulut bahtera ayu ice cream, lagi satu air
minuman istimewamango special dan honeydew special.
Restoran Puteri Ayu
Jalan Padang Jawa (Padang Jawa), Shah Alam, Selangor
7. Restoran Terapung HM Sri Bagan
Restoran ini
berkonsepkan terapung, tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam.
Makanan laut kesemuanya segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap
makanan laut juga murah dan berpatutan. Jika ke sini, anda mesti cuba
ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai, ikan kerapu
masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.
Restoran Terapung HM Sri Bagan
Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
No. Telefon : 03-31412895
8. Restoran Intai-Intai, Ampang
Restoran ini
pernah memasuki rancangan Jalan Jalan Cari Makan 2009, menjanjikan
kesedapan dan kenakan rasa setiap hidangan. Mungkin tempatnya agak
tersorok menyebabkan anda susah mahu mencarinya. Konsep restoran ini
sangat romantik jadi bolehlah datang untuk meraikan ulang tahun
perkahwinan bersama yang tercinta. Antara yang menarik ialah kerabu
mangga, tomyamseafood campur sangat pekat, ayam masak bercili ala Thai,
pucuk paku goreng belacan, jus mangga, nasi goreng seafood, suhun
goreng.
Restoran Intai-Intai
Backyard Lot 378, Jln Ampang Hulu Kelang, MRR2 Highway, 68000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
9. Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor
Restoran ini
terletak betul-betul di tepi laut. Mempunyai banyak menu dan pelbagai
jenis makanan laut yang segar dan harga juga berpatutan. Jika anda sudah
pilih makanan laut, cuba antara menu ini udang goreng kunyit, lala
masak tiga rasa, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, mentarang
masak halia, ikan siakap bakar.
Restoran Nur Cahaya Seafood
Pantai Remis, Jeram
10. Seafood@River View, Kuala Selangor
Boleh dikatakan
tempat yang paling enak menyajikan makanan laut dari ketam. Di sini
anda boleh lihat kelip-kelip sambil menikmati hidangan, memang cantik.
Apa yang menarik dan best di sini, lala masak cili, udang butter,sotong
masak Thai, dan yang paling the best ialah crab with milk.
Seafood@River View
1. Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
+60 3-3289 2238
Dalam 10
senarai ini, berapa bilangan restoran yang anda pernah cuba? Boleh
kongsikan pengalaman di ruangan komen. Atau kalau nak belanja kami makan
pun boleh. Hehe
Makan tu makan
juga, kesihatan mau jaga. Jangan lupa untuk bersenam. Jagalah tubuh
badan kita selagi belum terlambat. Ini pesanan ikhlas dari kami.
Post a Comment