Assalamualaikum.. ini kisah yang tak mungkin dapat dilupakan bagi pasangan yang baru berkahwin lagi-lagi pasangan dalam kisah ini. Kisah malam pertama isteri tak tahan sakit, aduh sakitnya bang... mengerang-ngerang si isteri. Kisah ini berlaku malam pertama pada waktu tengah malam. Ada ke berlaku di siang hari?.. mana tahu kan kalau dah sakit tak kira masa dan waktu. Sakit aduh..aduh..aduh sakitnya...
Ada
sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui..
Sakitnya bang… !
Suaminya
lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah
dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak esak
mengerang “… Sakitnya Bang”...
Tapi
kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu
tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:
“Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”~........
Sejak
dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak
perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam
pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun,
pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua berteriak:
“Ni apa kena ni???Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut!
CABUT SEKARANG JUGA!” ….
Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya:
“Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?
Tamat
sudah kisah malam pertama yang tak dapat dilupakan, agak-agak apa yang
korang fikir masa baca kisah ni. Haha. Biasala salah faham itu la kalau
sakit gigi jangan menjerit okey.? tahan sakit tu, kalau tak tahan juga
gigit kain. Bahaya nanti orang salah faham, lagi-lagi malam pertama
takpun malam Jumaat.. so komen-komen buat malu-malu kuceng pula
daaaa~~~~~~~
Post a Comment