Semalam
kami paparkan kisah mengenai Rita Rudaini yang boleh dikategorikan
sebagai ibu tunggal terbaik apabila membesarkan kedua orang anak
lelakinya tanpa suami.
Hari ini, kami lihat Abby Abadi pula berkongsi perasaannya apabila menerima nasib yang sama dengan Rita.
Bukan sahaja
kami yang rasa tersentuh dengan luahan tersebut, tetapi para peminatnya
turut merasakan kesedihan yang dilalui Abby.
Rasa berdosa tak dapat besarkan mereka dengan seseorang bergelar bapa…
Lepas Subuh
tadi….. Kejut Dania & Baby utk ke sekolah. Usap2 kepala mereka, ucap
“Assalamualaikum”… sambil berdoa. Tiba2 terpandang gambar2 mereka yg
bertampal di dinding, airmata mengalir tanpa henti……… .
Terdetik dalam
hati, besar dah anak3 ni…. Rasa berdosa sangat sebab tak dapat
membesarkan mereka dgn seseorang yg bergelar bapa. Sedihhh sangat
tiba2.. .
Airmata mengalir lagi…
Waktu menulis
ni pun… Mengalir lagi airmata ini. Hanya ALLAH je tahu apa yg terbuku di
hati ini. Memang lah Papanya ada lagi.. Tapi tak sama yg tinggal
sekali, dgn yg jumpa bila ada masa.
Bila tengok
Anak3 org lain, yg lelaki dipimpin bapanya sewaktu ke Masjid, jalan2,
hati Sy pun mahu Anak3 ini dapat semua tu. Doakan Sy… Nampak kuat, tapi
tak kuat manapun. Syukur Sy ada ALLAH. Kalau tak taktahu apa jadi pd Sy
& Anak3 ini…
Post a Comment