INDONESIA: KH Abdullah Gymnastiar baru-baru ini telah menikahkan anak perempuan ketiganya, Ghaitsa Zahira, dengan seorang pemuda bernama Maulana Yusuf.
Untuk pengetahuan pembaca, Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali Aa Gym adalah seorang pendakwah, penyanyi, penulis buku dan penerbit, pengusaha dan pengasa Pondok Pesantren Darut Tauhid di Jalan Gegerkalong Girang, Bandung.
Apa yang istimewanya dengan majlis perkahwinan anak perempuan Aa Gym ialah mas kawin yang diletakkan oleh beliau terhadap pemuda yang bakal menjadi menantunya tersebut iaitu membaca hafalan ayat al-quran 30 juzuk.
Untuk memiliki gadis impiannya sah menjadi isterinya Maulana Yusuf telah membaca kesemua hafalan 30 juzuk Al-Quran tersebut di hadapan Aa Gym seharian.
"Alhamdulillah doa dari sahabat semua, Aa sangat bersyukur Ghaitsa Zahira sofa telah diijab kabulkan dengan Maulana Yusuf yang sama sama penghafal quran dan semoga terus menjadi pengamal Alquran."
"Semoga Allah memberikan keberkatan kepada keduanya aamiiin Terima kasih kasih banyak bagi yang hadir dan yang berniat hadir serta yg mendukung dengan semua kebaikan jazaakalloh Khoiron katsiro," ucapnya tanda syukur.
Semasa Maulana mengalunkan hafalan ayat suci Al-Quran, banyak yang menangis terharu. Mereka mendoakan pasangan yang sama-sama hafiz dan hafizah Alquran ini bahagia dunia dan akhirat.
Maulana sendiri pula menegaskan bahawa tidak menjadikan hafalan AL-Quran tersebut sebagai mas kahwin kerana dia membaca hafalan Al-Quran itu selama 24 jam sebelum akad nikah.
"Memang ada bacaan Alquran 30 juzuk tetapi mas kawin saya sama dengan yang lain. Mahar saya emas 10 gram dan wang satu dirham," kata Maulana. - Siakapkeli.com.my
Dihantar oleh: Jiggag Kunds
Sumber asal: merdeka.com
Post a Comment