KECOH di laman sosial apabila ada individu menyebarkan berita Mr Os meninggal dunia dan menjadi bualan hangat sejak semalam.
Lelaki tersebut dengan tanpa rasa bersalah menfitnah pelakon dan pelawak Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os.
Rata-rata peminat Mr OS dan orang ramai  berasa marah dan kecewa dengan berita palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.
“Dengan dukacitanya kita di kejutkan pemergian pelakon Mohd Yusof Abdul Hamid atau dikenali dengan Mr Os telan pun meninggal sebentar tadi…” menurut individu penyebar berita palsu tersebut

Mr Os bertindak memuat naik wajah penyebar tersebut di laman Facebook beliau dan  meminta lelaki tersebut bertaubat dengan apa yang dilakukannya.
“Gotcha….ni dia si penyebar tu… entah apa yang dia dapat teman pun tak tau… kalau kamu tu Islam bertaubat la… Kembali la ke pangkal jalan… semoga Allah ampunkan dosa kamu si penebar fitnah…” luah Mr Os dalam laman Facebook.


Ternyata berita yang mendatangkan fitnah seperti ini akan menyusahkan semua pihak.
Setakat ini lelaki tersebut belum memohon maaf kepada Mr Os secara terbuka.


Post a Comment

 
Top