(PANAS) INI 2 MANUSIA TAK GUNA PATUT DIHUKUM REJAM - SHARNAAZ AHMAD | Bak kata pepatah, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur, bahaya. Samalah dengan kes Sharnaaz Ahmad, tak sangka ada lagi yang berani membuat pelakon kacak ini marah.
Kes terbaru, sepasang suami isteri dipercayai berasal dari Singapura dengan sukahatinya telah menipu duit orang ramai menggunakan nama Sharnaaz. Memang berani, dia tak tahu ke kes Sharnaaz sebelum ni? Oopps!
Khabarnya, Sharnaaz dijadualkan akan bertemu peminat secara lebih dekat di Singapura pada 27 Mac ini dan difahamkan wang hasil kutipan penjualan tiket akan disalurkan ke rumah kebajikan kanak-kanak Pertapis.
Disebabkan tak mahu peminat salah anggap, Sharnaaz telah menafikan tentang kewujudan majlis tersebut di laman Instagramnya dengan cara yang cukup ‘garang’ sekali.
“Sila Cari Ini Dua Ekor…”
Ada Yang Dah Minta Cuti Mahu Jumpa Sharnaaz. Kesian…
Ramai juga yang pernah dan baru ditipu oleh pasangan ini. Tak sangka rupanya scam seperti ini mudah dipercayai.
Tapi baguslah tindakan Sharnaaz mendedahkan perkara ini secara terbuka. Sekurang-kurangnya lebih ramai yang sedar tentang perangai sebenar pasangan ini dan dapat mengelakkan mereka dari ditipu.
Agak-agaknya pasangan suami isteri ni gentar tak bila baca warning Sharnaaz? Kalau mereka dekat, mungkin dah bersua buku dengan ruas.
Post a Comment