Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengeluarkan satu kenyataan semalam meminta pemimpin PKR menggerakkan ahlinya untuk perhimpunan itu yang akan diadakan di ibu negara esok.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mac, 2015.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengeluarkan satu kenyataan semalam meminta pemimpin PKR menggerakkan ahlinya untuk perhimpunan itu yang akan diadakan di ibu negara esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mac, 2015.Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditangkap di pusat perkhidmatannya di Pandan petang ini mengikut Akta Hasutan kerana satu kenyataan yang dikeluarkannya berhubung perhimpunan #KitaLawan esok.
Menurut Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil, Rafizi akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Rafizi mengeluarkan satu kenyataan semalam meminta pemimpin PKR menggerakkan ahlinya untuk perhimpunan itu yang akan diadakan di ibu negara esok.

"PKR berharap semua rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia akan hadir dan bersuara demi menuntut hak kita dan menentang kezaliman kerajaan persekutuan.
"Kami juga berharap pihak berkuasa tidak cuba melanggar hak kami berhimpun secara aman," katanya.

Perhimpunan esok akan bermula di 3 lokasi sekitar bandar raya diikuti dengan perarakan ke pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tujuannya menuntut pembebasan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April.

Perhimpunan besar #KitaLawan yang terakhir pada 7 Mac menyaksikan 11 orang ditahan, kebanyakannya pemimpin politik pembangkang.

Peguam Rafizi, Michelle Yesudas ketika dihubungi memberitahu, beliau dalam perjalanan ke balai Dang Wangi.

"Saya dalam perjalanan ke balai polis. Saya tidak dapat menghubunginya buat waktu ini," katanya.
Ahli Parlimen Pandan yang juga setiausaha agung PLR itu ditangkap beberapa kali oleh polis sebelum ini berhubung beberapa insiden termasuk perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.
Beliau juga pernah ditangkap kerana mendedahkan akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan pengerusi eksekutifnya Mohd Salleh Ismail. – 27 Mac, 2015



Post a Comment

 
Top