LOKASI kanak-kanak terjatuh (dalam bulatan)
Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut terjatuh dari tingkat lapan kediamannya di Taman Nirwana Kampung Pandan, 8 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa tinggal bersama ibu bapa, dua adik beradiknya dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Menurutnya, ketika kejadian ibu bapa mangsa bersama kakak dan abangnya tiada di rumah kerana ke tempat kerja dan sekolah.
“Pembantu rumah terbabit meninggalkan kediaman itu untuk membeli telur di kedai sebelum kejadian.
“Bagaimanapun, sebaik pulang dia mendapati orang ramai berkumpul dan melihat mangsa parah terbaring atas jalan,” katanya.
Khairuldin berkata, siasatan awal dipercayai mangsa tersedar dari tidur dan memanjat basikal yang terletak di balkoni tingkat lapan sebelum terjatuh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak dan pembantu rumah kini sedang disoal siasat.
-Mymetro


Post a Comment

 
Top