Kali ini kami bukan nak cerita mengenai hubungan si cantik manis Budi Citawan dengan Remy Ishak tau. Sebenarnya kami tergamam sendiri apabila melihat screenshot yang dihantar kepada kami ini.

Mana tak terkejut, anak kepada pelakon veteran Wan Hanafi Su ini menempelak seorang pengarah terkemuka weh. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Idham.

Difahamkan, Ahmad Idham telah memberikan komen yang boleh dikatakan ‘pedas’ terhadap filem terbaru lakonan Wan Hanafi Su. Jadi, selaku anak, mestilah terasa kan?

Kalau korang nak tahu, Ahmad Idham siap mempersoalkan konspirasi apa yang sedang berlaku hingga filem yang memperlekehkan orang Melayu lepas untuk ditayangkan.

Lalu, Budi pun terpanggil untuk menjawab kata-kata tersebut. Nak tahu apa yang Budi rasa? Nah, baca ni :

Fuh! Sebenarnya, kedua-dua pihak pun kami respect kerana masing-masing merupakan orang penting dalam industri. Tapi, mungkin pandangan mereka saja yang berbeza.

Kami pun belum berkesempatan untuk menonton filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ ini lagi. Jadi, apa kata kita tonton dulu trailer ini. Selamat menonton!








Post a Comment

 
Top